Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kenapa teruskan usul sempadanan semula Sabah jika ada pemanipulasian?'

Ahli parlimen PAS hari ini mempersoalkan langkah PH meneruskan usul persempadanan semula pilihan raya di Sabah meskipun didakwa terdapat unsur pemanipulasian sempadan pilihan raya atau 'gerrymandering'.

Awang Hashim (PAS-Pendang) menggesa kerajaan untuk menarik usul yang mencadangkan untuk menambah bilangan kerusi di Sabah yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya buat kesimpulan gerrymandering telah dilakukan, ini tanggungjawab SPR untuk lihat balik," katanya.

Awang berkata bahawa ia berdasarkan kepada perpindahan beberapa kerusi parlimen - termasuk Kinabatangan, dengan hanya 18,000 pengundi tanpa mengambil kira keluasannya.

"Sekiranya kita kata terdapat gerrymandering sebelum ini, kita harus membatalkan apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

"Persoalan saya ialah, mengapa kerajaan masih meneruskan (usul) walaupun mengetahui bahawa terdapat gerrymandering?" soalnya.

Bagaimanapun, Awang berkata dia tetap berjanji untuk menyokong usul itu, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini.

Semalam, kumpulan pendesak pembaharuan pilihan raya Bersih melanggar embargo (larangan untuk penyiaran sementara menunggu kelulusan) terhadap laporan persempadanan 2017 Sabah dan menyorot cadangan laporan itu yang disifatkan "berniat jahat, cacat dan usang".

Bersih berkata orang ramai harus dimaklumkan mengenai isi kandungan laporan berkenaan sebelum anggota parlimen membuat perbahasan dan pengundian berkaitan persempadanan Sabah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS