Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Usul siasat Bersih langgar embargo dibincang hari ini

Kerajaan akan membentangkan usul untuk mendapatkan persetujuan Dewan Rakyat bagi menyiasat sama ada Bersih melanggar embargo (sekatan sementara menunggu kelulusan penyiaran) laporan persempadanan 2017 Sabah atau sebaliknya. https://www.malaysiakini.com/news/484068

Usul itu disenaraikan sebagai nombor enam dalam Perintah Perintah Dewan Rakyat hari ini.

Di bawah usul berkenaan, jawatankuasa akan diamanahkan untuk menjalankan tugas untuk menentukan sama ada laporan persempadanan 2017 Sabah adalah 'embargo' sehingga dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Jawatankuasa yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat Mohamed Ariff Md Yusof akan mengenal pasti sama ada terdapat individu yang terlibat dengan penyebaran tersebut serta mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Anggota jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Anggota Parlimen Tanjung Piai, Dr Md Farid Md Rafik; Shamsul Iskandar Mohd Akin (Hang Tuah Jaya), V Sivakumar (Batu Gajah), Ahmad Hassan (Papar), Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus).

Selasa lalu Bersih memutuskan untuk melanggar sekatan sementara laporan persempadanan 2017 Sabah kerana berpendapat orang ramai harus dimaklumkan mengenai isi kandungannya sebelum anggota parlimen membuat perbahasan dan pengundian berkaitan perkara itu. https://www.malaysiakini.com/news/484068

Untuk pelanggaran embargo itu, Bersih bersedia membayar denda RM1,000 kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan usul menambah kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Sabah dari 60 kepada 73. https://www.malaysiakini.com/news/484285

Kesemua 158 ahli parlimen - kerajaan dan pembangkang - menyokong usul itu.


Lihat Komen
ADS