Petaling Jaya menjadi bandaraya 20 Jun ini
Petaling Jaya akan diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 20 Jun ini, kata Menteri Besar Selangor,Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo.
Petaling Jaya akan diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 20 Jun ini, kata Menteri Besar Selangor,Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo.
Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini meluluskan Enakmen Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi membolehkan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ditukar kepada nama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Dr Mohd Khir berkata watikah penaiktarafan akan diberikan kepada kerajaan negeri oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tarikh tersebut.
"Sebenarnya kabinet telah luluskan pada Ogos tahun lalu mengenai penaiktarafan itu. Dan secara undang-undang, DUN hari ini telah meluluskan penukaran nama perbandaran kepada bandaraya," katanya.
Menurut laporan Bernama, beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas tamat sesi DUN yang berlangsung sejak semalam.
Katanya, semua pihak, terutama pentadbiran perlulah meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas Petaling Jaya dinaiktaraf sebagai bandaraya untuk memastikan rakyat berpuas hati dengan kerajaan.
"Petaling Jaya telah memenuhi kriteria khas yang diperlukan untuk menaiktaraf kepada bandaraya. Kini Selangor ada dua bandaraya dan ia menjadi tugas kerajaan negeri untuk memastikan kualiti terbaik kepada rakyat.
"Pertukaran ini akan memberi satu imej kepada Petaling Jaya...saya berharap selepas pengisytiharannya kualiti perkhidmatan akan lebih baik... yang penting rakyat gembira dapat melihat perubahan yang jelas dan fokus kepada aktiviti dan keperluan masyarakat," katanya


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.