Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Video seks: 'Pakatan jahat, upah ratusan ribu ringgit'
Diterbitkan:  Jul 18, 2019 5:54 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

Video yang didakwa melibatkan menteri ekonomi Azmin Ali dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit, kata ketua polis negara.

"Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tersebut, telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” kata Abdul Hamid Bador.

Dalam kenyataan petang ini, Hamid berkata siasatan mereka juga mendedahkan wujud "pakatan jahat" yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik.

Ia, katanya, bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu.

Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui bahawa dia adalah lelaki dalam video seks sejenis yang didakwa bersama Azmin.

Azmin menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai fitnah yang bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Lihat Komen
ADS