Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.67 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya masing-masing RM2.37 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 20-26 Julai ialah RM179.97 juta.

-Bernama

Lihat Komen
ADS