Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Reman Haziq sambung 3 hari lagi - Polis
Diterbitkan:  Jul 20, 2019 4:32 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Sehingga kini, polis telah menahan 11 individu termasuk Haziq Abdullah dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.

Tempoh tahanan reman bekas Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua individu yang tamat hari ini, disambung tiga hari lagi sehingga Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Huzir Mohamed berkata selain itu, seorang ahli perniagaan yang ditahan di Shah Alam semalam, turut direman bagi tempoh yang sama.

"Seorang lagi individu yang ditahan bersama ahli perniagaan itu bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan diambil," katanya kepada Bernama.

Sehingga kini, polis telah menahan 11 individu termasuk Haziq Abdullah dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.

Sementara itu, Huzir berkata pihaknya akan memanggil dua ahli politik bagi membantu siasatan kes video seks yang memaparkan individu mirip seorang menteri.

"Kedua-dua akan beri keterangan dalam masa terdekat," katanya.

Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial dan Haziq Abdullah pada 12 Jun lepas mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu.

Pada Khamis, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS