Paling Popular
Terkini

Persepsi rakyat Malaysia bahawa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ada kerja serta ada banyak masa lapang harus diubah, kata Liew Chin Tong.

“Anggota ATM bukan cheap labour (buruh murah). Saya bagi contoh sahaja. Ada masa kita fikir ada masalah kita panggil ATM. 

"Kita tak boleh panggil ATM untuk semua masalah.

“ATM adalah organisasi perdana. Mereka adalah pimpinan penting dalam masyarakat kita. Kita rakyat Malaysia perlu fikir bagaimana menjadikan ATM sebagai organisasi perdana dalam masyarakat,” kata timbalan menteri pertahanan.

Liew berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah dialog di Wisma Pertahanan, Kuala lumpur, hari ini.

Ketika diminta menghuraikan pandangan masyarakat terhadap ATM, Liew bagaimanapun berkata penggantungan orang ramai pada ATM sebenarnya satu penghargaan.

“Tapi, kita tidak boleh panggil ATM untuk selesaikan semua masalah. Kalau kita nak bersihkan kampung, kita panggil ATM. Rakyat fikir mereka tidak ada kerja. Ada banyak masa lapang.

“Ini bukan cara negara yang maju. Kita perlu semua termasuk pemimpin memahami bahawa anggota ATM bukan duduk buat kem dan tak buat kerja. Kerana tugasan utama ATM adalah bersedia untuk peperangan,” katanya.

Karier baru pada veteran

Sementara itu, Liew turut memberitahu bahawa kerajaan sedang berbincang untuk menyediakan karier kedua kepada anggota veteran ATM.

“Salah satu tajuk hari ini adalah tentang veteran. Dulu tumpuan kerajaan ialah tumpuan ialah kebajikan.

“Tapi, kami harap sambil menjaga kebajikan tetapi kerajaan perlu memainkan peranan membantu veteran terutamanya mereka yang bersara umur 40-45 supaya mereka mendapat karier kedua yang memanfaatkan mereka dan juga negara,” katanya.

Tambah beliau bahawa kerajaan juga akan mendapat manfaat daripada sumbangan mereka dalam karier baru.

“Mereka ini diberi latihan yang mencukupi. Mereka juga boleh menyumbang kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

“Ini adalah beberapa perkara kami bincang,” kata Liew lagi.

Lihat Komen
ADS