Kementerian Sumber Manusia menafikan menterinya M Kulasegaran mengeluarkan arahan kepada Mahkamah Perusahaan seperti dakwaan Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Pulau Pinang K Veriah.

Merujuk kepada kenyataan Veeriah yang dilapokan Malaysiakini pada 19 Julai, kementerian itu membidas kenyataan yang menunjukkan seolah-olah terdapat campur tangan Kulasegaran di Mahkamah Perusahaan.

Kulasegaran didakwa memberi arahan melupuskan kes-kes terdahulu dalam masa 12 bulan.

Kementerian bagaimanapun menjelaskan tempoh itu hanyalah panduan.

"Seksyen 30 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jelas bahawa semua pertikaian perindustrian yang dirujuk oleh menteri ke Mahkamah Perusahaan harus diselesaikan tanpa penangguhan dan jika dapat dilaksanakan, dalam masa 30 hari atas rujukan menteri," kata MoHR dalam kenyataan.

"Oleh itu untuk semua hasrat dan tujuan, perselisihan antara pekerja dan majikan mesti diselesaikan tanpa kelewatan untuk mencapai kesempurnaan terhadap pekerja sama ada dia patut dikembalikan atau sebaliknya.

“Sebarang kelewatan berhubung akta ini tidak menggalakkan keharmonian perindustrian,” kata kementerian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, menteri telah pun menyatakan harapannya, bawah undang-undang ditetapkan, semua kes mesti ditentukan dan dilupuskan dengan kadar segera tanpa sebarang campur tangan.

Tambahnya, kerjasama pihak berkepentingan akan memastikan semangat undang-undang sosial ini dipatuhi untuk memberi keadilan, bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada majikan.

Dengan berbuat demikian, kata kementerian lagi, akan terus menggalakkan keharmonian perindustrian untuk kebaikan negara.

[Baca berita asal]