Gempa bumi sederhana gegar timur laut Taiwan
Diterbitkan: Jul 23, 2019 10:19 AM
GLOBAL | Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda timur laut Taiwan pada 4.47 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pusat gempa dengan kedalaman 105 kilometer (km) itu terletak di 25.2 darjah utara dan 124.3 darjah timur, kira-kira 267km timur dari Keelung, Taiwan.
Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.