Laporan analisis berkaitan penempatan semula kilang-kilang berisiko tinggi di Pasir Gudang, Johor akan siap dan diserahkan kepada kerajaan Johor dalam tempoh lima minggu, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

“Walaupun tiada sebarang penyimpangan, apa yang berlaku… pembangunan di Pasir Gudang berlaku tertumpu.

“Kita sedang membuat analisis dan selepas itu ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Cabaran Bandar Tanpa Karbon 2030 di Bangi hari ini.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab, kata Yeo, melibatkan pakar pelbagai bidang, termasuk kimia, tanah, sungai dan gas.

Mac lalu, berlaku pencemaran di Pasir Gudang susulan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Pada Jun lalu berlaku pula pencemaran udara yang menjejaskan kesihatan 3,000 orang dan menyebabkan sekolah-sekolah terpaksa ditutup.

[Baca berita asal]