Wabak HFM semakin merebak di Swak
Sarawak akan meningkatkan lagi usaha untuk mengawal wabak penyakit tangan, kuku dan mulut ekoran ada tanda-tanda menunjukkan yang ia turut merebak ke kawasan luar bandar
Sarawak akan meningkatkan lagi usaha untuk mengawal wabak penyakit tangan, kuku dan mulut ekoran ada tanda-tanda menunjukkan yang ia turut merebak ke kawasan luar bandar
Timbalan Ketua Menteri, Datuk George Chan berkata, Sarawak akan menggunakan helikopter untuk menerbangkan doktor untuk memantau tanda-tanda penyakit tersebut, yang menyerang sebahagian besarnya bayi dan kanak-kanak kecil, dengan menyebabkan sakit mulut dan tekak.
Menurutnya, kerajaan juga akan melancarkan kempen penerangan untuk mendidik rakyat mengenai penyakit tersebut.
"Kita akan meningkatkan lagi sesi ceramah dan memberi lebih banyak maklumat mengenai penyakit tersebut melalui radio, terutama dalam bahasa Iban and Bidayuh supaya penduduk luar bandar lebih memahaminya," katanya.
Lapan kematian
Jumlah kematian akibat penyakit tersebut di Sarawak telah meningkat dari tujuh kepada lapan orang, manakala kes-kes penyakit tangan, kuku dan mulut dilaporkan di kawasan pedalaman serta bandar-bandar kecil seperti Mukah di bahagian pantai dan Kapit di wilayah tengah Sarawak," kata Chan.
Majoriti kes tersebut setakat itu dicatatkan di bandar-bandara utama Sarawak, termasuk ibu negeri Kucing.
Chan berkata, kakitangan di hospital juga akan ditambah bagi menangani situasi sekarang.
Sarawak pernah diserang penyakit tersebut dan yang terburuk berlaku pada 1997 yang mengakibatkan 31 kematian.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.