17 lagi pelajar UM diarah hadiri sesi siasatan esok
Terjemahan Enam bulan selepas tamat pilihanraya kampus di seluruh negara, Universiti Malaysia (UM) masih terus mengambil tindakan terhadap para pelajarnya, apabila 17 lagi diarahkan menghadiri sesi siasatan disiplin esok.
Terjemahan Enam bulan selepas tamat pilihanraya kampus di seluruh negara, Universiti Malaysia (UM) masih terus mengambil tindakan terhadap para pelajarnya, apabila 17 lagi diarahkan menghadiri sesi siasatan disiplin esok.
Kesemua mereka menghadapi tuduhan mengambil bahagian dalam satu perhimpunan haram di bangunan Parlimen pada 21 September tahun lalu, yang bertentangan dengan peraturan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
Dan kesemua 17 pelajar berkenaan menerima surat tindakan disiplin yang ditandatangani oleh Naib Canselor Datuk Hashim Yaakob yang bertarikh 13 Mac.
Kebiasaannya, surat disiplin seumpama itu dikeluar dan ditandatangani oleh penolong pendaftar atau pegawai Jabatan Hal-Ehwal Pelajar.
Menurut Auku, para pelajar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti di luar kampus tanpa kebenaran bertulis daripada naib canselor universiti.
Sesi siasatan ditangguhkan
Calon-calon dalam pilihanraya kampus terbahagi kepada dua kumpulan 'pro-establishment' and 'anti-establishment'.
Dalam pilihanraya kampus pada 4 September tahun lalu, kumpulan 'pro-establishment' menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan selepas ianya dipulau oleh kumpulan 'anti-establishment'.
Ramai pelajar yang memulaukan pilihanraya tersebut menghadapi tindakan disiplin. Berikutan itu, mereka yang bersimpati dengan pelajar terbabit telah melancarkan siri kempen dan demonstrasi menggesa supaya tuduhan terhadap mereka digugurkan.
Mereka juga berjaya mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan kumpulan masyarakat yang lain. Sehingga ini belum ada pelajar yang dikenakan hukuman dan semua sesi siasatan terhadap mereka telah ditangguhkan.
Yang terbaru ialah penangguhan sesi siasatan terhadap lima pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bulan lalu.
Kebebasan berhimpun
Sementara itu, Persatuan Untuk Belia Baru UM (Umany) mengecam pihak berkuasa univerisit kerana melanggar hak para pelajar.
"Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan untuk berhimpun dan kebebasan untuk bersuara. Oleh itu, tuduhan terhadap pelajar UM itu adalah tidak berasas," kata Naib Presiden Umany,Foo Hou Thek dalam satu kenyataan akhir.
Sambil menggesa pihak berkuasa supaya menggugurkan tuduhan terhadap 17 pelajar UM itu, Umany juga menyeru pelajar dan orang awam tampi menyatakan sokongan mereka dengan turut menghadiri sesi siasatan esok. Berita asal

