Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hubungan strategik Turki-Malaysia: 5 perkara perlu diperkuat

ULASAN | Turki dilihat tidak berada di landasan yang sepatutnya. Walaupun sudah lebih empat dekad cuba memasuki Kesatuan Eropah (EU), status ahlinya yang masih tidak diketahui.

Malah, Presiden Recep Tayyip Erdogan sendiri juga tidak mempercayai proses EU. Dan mungkin kerana ini, hubungan dua hala Turki dan Malaysia perlu dilihat semula. Terdapat lima ruang perlu ditambah baik dan diperkuatkan.

Pertama, Turki memiliki sistem pertahanan antara yang terbaik di dunia. Syarikat seperti Aselsun atau Rocketsun, merupakan dua syarikat perusahaan pertahanan terbaik di dunia.

Malaysia boleh menjadi hab, di mana Aselsun dan Rocketsun, dapat menjual peralatan pertahanan mereka ke seluruh rantau ini, terutamanya apabila persaingan kuasa besar kembali untuk membalas dendam.

Kedua, Turki merupakan rakan kongsi sektoral untuk ASEAN, manakala Malaysia merupakan ahli organisasi itu sejak tahun 1967.

Turki dan Malaysia boleh mengukuhkan hubungan dua halanya dengan menyentuh isu-isu yang tidak boleh disentuh secara terus oleh ASEAN, sebagai contoh kesengsaraan yang dihadapi oleh sejuta orang Muslim Rohingya.

Lebih kurang sejuta daripada mereka terperangkap di Cox Bazaar, Bangladesh. Keadaan hidup mereka tidak kurang seperti binatang dan terlalu buruk untuk digambarkan.

Menerusi tekanan daripada Turki dan Malaysia, juga bersama Indonesia, keadaan hidup dahsyat yang dilalui oleh orang Rohingya di Rakhine boleh berubah.

Malahan, 85 peratus yang terperangkap di Cox Bazaar didiami oleh wanita dan kanak-kanak; dengan 500,000 orang Rohingya tinggal di Rakhine dan Arakan, Myanmar. 

Kekalkan kestabilan dunia

Ketiga, dengan peningkatan ketegangan di Teluk Persian dan Oman, terutamanya di Selat Hormuz yang sempit itu, semua orang memberi tumpuan terhadap kerumitan dan ketidakstabilan Timur Tengah dan Persia.

Turki dan Malaysia boleh memberi nasihat kepada semua pihak, termasuklah negara Barat, mahupun negara China dan Jepun, dengan mempamerkan kesungguhan untuk mengekalkan kestabilan dunia.

Tindakan yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa berfikir panjang dalam rantau yang tidak menentu ini harus dielakkan. Tidak hairanlah lawatan Malaysia ke Turki kali ini, Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia diiringi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Keempat, Turki merupakan jambatan penghubung antara Eropah dan Eropah-Asia. Dari aspek ini, Malaysia juga memiliki kelebihan geografi yang tersendiri.

Kalau bukan menjadi penghubung kepada Indo-Pasifik, Malaysia boleh menjadi penghubung kepada Thailand dan IndoChina.

Memandangkan terdapat kelebihan dalam kedudukan geografi ini, banyak kejayaan boleh dicapai, khususnya dengan ada syarikat penerbangan Turkish Airlines dan Malaysia Airlines.

Badan pemikir

Akhir sekali, badan pemikir ataupun think tank separuh kerajaan seperti SETA yang mempunyai cawangan di Ankara, Istanbul dan Washington DC, telah mencapai kecemerlangan dalam menyebarkan maklumat berkenaan polisi dasar luar Turki kepada negara-negara barat.

Badan seperti DEIAK, lembaga pelaburan ekonomi di Turki, telahpun berusaha untuk menjalin hubungan baik dengan ASEAN.

Malaysia boleh mengambil teladan dan mewujudkan satu badan pemikir yang berpegang kepada dasar dan pendekatan yang serupa untuk menjalin hubungan baik dengan Turki.

EMIR Research, badan penyelidikan yang berteraskan data analisis, rela untuk memikul tanggungjawab ini, terutamanya bagi menyokong hubungan dua hala ini.

Natijahnya, Turki dan Malaysia sedang memasuki satu tempoh masa yang memperlihatkan kebangkitan Indo-Pasifik dan ketidaktentuan Kesatuan Eropah disebabkan Brexit.

Kedua-dua negara ini perlu menyesuaikan diri dan melihat semula hubungan strategik ini supaya dapat membantu untuk menubuhkan Suruhanjaya Kepakaran Turki-Malaysia ataupun “Turkey-Malaysia Eminent Experts Commission”.

Penubuhan ini merupakan satu langkah penting dalam melihat semula hubungan strategik ini.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Lihat Komen
ADS