Kedah gagalkan misi Perak
Diterbitkan: Jul 28, 2019 11:29 AM
Pasukan Kedah muncul juara Piala FA kali kelima selepas mengalahkan Perak 1-0 di Stadium Bukit Jalil, semalam.
Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke 105 melalui jaringan Fadzrul Danel.
Ia sekali gus menggagalkan misi Perak untuk menamatkan penantian 15 tahun kembali bergelar juara Piala FA.
Kali terakhir pasukan Perak menjulang trofi Piala FA adalah pada tahun 2004, apabila mereka menewaskan Terengganu 3-0.
Gelaran juara Piala FA yang diraih skuad Helang Merah semalam mengulangi kejayaan mereka pada 2017.

