BERITA Malaysiakini

Adik PM Singapura isytihar sokong pembangkang

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

GLOBAL | Adik perdana menteri Singapura Lee Hsien Yang mengisytiharkan sokongannya kepada parti politik baru pembangkang menjelang pilihan raya umum negara itu. 

Hsien Yang berkata parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diasaskan bapanya Kuan Yew telah hilang arah di bawah pimpinan abangnya Hsien Loong.

“Saya dengan sepenuh hati menyokong prinsip dan nilai-nilai Parti Singapura Maju (PSP),” tulis Hsien Yang di Facebook beliau.

“Hari ini PAP bukan lagi PAP bapa saya.”

Komen itu dikeluarkan di tengah-tengah pertelingkahan keluarga berkaitan apa yang patut dilakukan dengan rumah mendiang bapa mereka.

Hsien Loong

Penganalisis menjangkakan pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

PAP telah memerintah Singapura sejak kemerdekaan kira-kira setengah abad lalu. Sokongan padanya bagaimanapun merosot kepada 60 peratus.

PAP ketika dihubungi Reuters tidak memberikan sebarang komen segera.