Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Memang BN gagal kecilkan jurang ekonomi, tapi dasar kaum perlu'
Diterbitkan:  Aug 2, 2019 9:13 AM
Dikemaskini: 1:17 AM

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menolak pandangan Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dihapuskan kerana dianggap tidak mampan untuk jangka panjang.

“Perkara ini menjadi kebimbangan masyarakat bumiputera dan sekali gus MTEM,” kata ketua pegawai eksekutif MTEM Ahmad Yazid Othman.

Tanpa menyatakan sumbernya, Yazid berkata pendapatan per kapita bumiputera pada 2014 hanya sebanyak RM16,066 setahun sedangkan golongan bumputera pula sebanyak RM74,067 setahun.

Dari segi pemilihan rumah pula, bumiutera cuma mencatatkan angka 26.1 peratus walaupun nisbah masyarakat tiga kali lebih besar.

“MTEM tidak buta terhadap banyak kelemahan DEB sepanjang sejarah, tetapi tidak bijak untuk merangka dasar affirmatif tanpa mengambil kira dimensi kaum,” katanya.

Anwar dalam satu acara di Utusan Malaysia

Anwar pada 13 Julai dilapor menganggap dasar ekonomi melalui tindakan afirmatif perlu dilaksanakan berasaskan keperluan seluruh rakyat dan bukannya sesuatu kaum semata-mata.

“Orang miskin yang memerlukan bantuan mesti dibantu, tidak kira dia Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan tetapi kita perlu menunjukkan empati secukupnya.

“Hal demikian untuk memastikan rakyat sedar pemansuhan DEB tidak bermakna orang miskin… mereka di kawasan luar bandar atau golongan miskin di bandar akan (diabaikan).

“Saya kekal yakin ia (perubahan ini) adalah petanda baik untuk Malaysia,” beliau dipetik sebagai berkata dalam acara di Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS