Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno Pekan gagal selesai saman 1MDB buat cubaan kedua

Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Pekan Ibrahim Awang Ismail gagal dalam cubaannya untuk menyelesaikan saman pelucuthakkan 1MDB terhadapnya dengan membayar separuh daripada jumlah RM100,000 yang dituntut SPRM.

Peguam responden Nurshafiqa Balqish Jaffri mengesahkan hal ini kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali pagi ini.

Kata Nurshafiqa surat representasi itu telah dihantar pada 16 Julai tetapi telah ditolak dan satu surat representasi baru akan dihantar kepada pendakwaan.

Surat representasi baru itu memohon penyelesaian melibatkan jumlah keseluruhan RM100,000 yang dituntut SPRM untuk disita dalam saman pelucuthakkan 1MDB.

Dalam prosiding mahkamah terbuka hari ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Allan Suman Pillai mengesahkan pihak peguam bela Ibrahim telah menghantar surat representasi kepada pihak pendakwaan.

"Saya difahamkan (terdahulu) responden telah menghantar surat representasi kepada kami.

"Seperti kes sebelum ini, saya memohon jasa baik mahkamah untuk menetapkan 23 Ogos, jadi kami boleh memberikan maklum balas akhir (keputusan) terhadap representasi itu," kata Pillai yang kemudiannya disahkan Nurshafiqa.

Pillai memohon tarikh 23 Ogos ini bagi membolehkan pendakwaan untuk menentukan sama ada untuk membenarkan atau tidak cadangan penyelesaian penuh jumlah keseluruhan RM100,000 dalam representasi baru itu.

Mahkamah dimaklumkan Nurshafiqa bahawa representasi sekarang adalah (representasi) baru, kerana anak guamnya sebelum ini telah menghantar representasi pada 16 Julai tetapi ditolak.

Pillai menjelaskan kepada Nazlan bahawa representasi yang ditolak sebelum ini adalah untuk penyelesaian sebanyak RM50,000 daripada jumlah yang diminta untuk dilucuthakkan.

Tunggu keputusan representasi 23 Ogos

"Representasi pada masa depan (sekarang) adalah penyelesaian keseluruhan sebanyak 100 peratus (daripada jumlah RM100,000) dengan pihak berkuasa," kata Pillai.

Apabila hakim Nazlan bertanya mengenai status permohonan Ibrahim untuk membatalkan permohonan, Nurshafiqa berkata arahan yang diterimanya adalah untuk meneruskan prosiding dengan menunggu hasil representasi.

Hakim kemudian menetapkan 23 Ogos depan bagi pendakwaan untuk memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan representasi itu.

Hakim mengingatkan pihak terlibat bahawa jika representasi ditolak, maka pada hari itu perkara tersebut masih akan diteruskan.

Beliau berkata perkara itu akan diteruskan, sama ada permohonan responden untuk membatalkan tuntutan itu atau permohonan pihak pendakwaan untuk mewartakan notis memanggil pihak ketiga supaya hadir dan mengemukakan kemungkinan sebarang tuntutan yang mereka ada terhadap wang RM100,000 itu.

Apabila ditemui selepas prosiding, Pillai mengesahkan Ibrahim tidak menarik balik permohonan membatalkan saman SPRM itu, tetapi semua pihak kini perlu menunggu keputusan representasi pada 23 Ogos.

Pillai menjelaskan surat representasi baru masih lagi belum dihantar oleh Ibrahim tetapi akan dikeluarkan kemudian.

Ibrahim merupakan antara 41 individu dan kumpulan yang diusahakan SPRM untuk dirampas asetnya bernilai RM270 juta.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS