Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Susulan tindakan orang awam mengambil susu daripada sebuah treler yang terbalik dalam kemalangan di Kampung Tawang, Bachok, Kelantan, 31 Julai lalu, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya mendapati terdapat bekalan susu yang dihantar semula ke lokasi kejadian selepas pemilik treler meminta mereka yang terlibat berbuat demikian.

"Pihak polis akan mengesan pihak yang terlibat, kita tak tahu sama ada wujud salah faham atau sebaliknya. Tetapi berdasarkan video yang tular itu jelas kelihatan orang ramai yang bertindak mengambil susu-susu tersebut.

"Sedangkan pengadu sendiri kata tidak beri kebenaran kepada sesiapa untuk mengambilnya. Jadi kita minta supaya orang kampung itu, atau kampung lain sekalipun supaya tampil membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, " katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, pemilik treler tersebut, Azizan Zainuddin, 57, meminta supaya bekalan susu muatan traler tersebut supaya memulangkan semula barangan tersebut.

Kejadian bermula selepas treler yang membawa muatan susu yang dipandu anaknya, Mohd Baihaqi, 25, dilaporkan terbalik.

Susulan kejadian itu orang ramai bertindak mengutip dan mengambil stok susu daripada treler berkenaan.

Azizan berkata, selepas diminta supaya dikembalikan semula susu tersebut, mereka yang terlibat mula memulangkan susu tersebut ke lokasi kejadian.

"Kini pihak polis sudah ambil semua susu tersebut dan ditempatkan di Balai Polis Tawang untuk siasatan lanjut pihak polis.

"Kami hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Teluk Panglima Garang ke sebuah gudang di Pengkalan Chepa.

"Jumlah muatan sebanyak 1,500 karton susu, anak dan pekerja hanya sempat ambil 149 karton dan 11 tin susu saja. Selebihnya diambil orang ramai," katanya ketika dihubungi.

Lihat Komen
ADS