Bukti hilang: 15 pelajar UM dibebaskan
Terjemahan Seramai 15 pelajar Universiti Malaya (UM) yang menghadapi tuduhan menghadiri perhimpunan haram, telah dibebaskan oleh pihak berkuasa UM semalam kerana beberapa barang "bukti" telah hilang.
Terjemahan Seramai 15 pelajar Universiti Malaya (UM) yang menghadapi tuduhan menghadiri perhimpunan haram, telah dibebaskan oleh pihak berkuasa UM semalam kerana beberapa barang "bukti" telah hilang.
Difahamkan, pelajar terbabit diberitahu mengenai perkara itu dalam sesi siasatan terhadap mereka pagi ini. Bagaimanapun, siasatan terhadap dua lagi pelajar, telah ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan.
Salah pelajar yang telah dibebaskan itu berkata, dia diberitahu oleh penal siasatan bahawa gambar-gambar berhubung tuduhan terhadap mereka, yang disimpan dalam sebuah komputer riba, telah hilang.
Sebelum itu, kira-kira 100 pelajar UM berkumpul untuk menyatakan sokongan mereka kepada 17 pelajar terbabit yang dituduh menyertai perhimpunan haram di luar bangunan Parlimen kerana membantah 'penyelewengan' yang didakwa berlaku dalam pilihanraya kampus yang lalu.
Tindakan mereka menyertai perhimpunan haram itu dituduh bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
Pagi semalam, beberapa pemimpin pelajar dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berucap menyentuh isu kebebasan di kampus dan masalah yang dihadapi dalam pilihanraya kampus yang lalu.
Pilihanraya tersebut yang disapu bersih oleh kumpulan'pro-establishment', didakwa dicemari dakwaan penyelewangan dan ugutan. Ini mendorong puak pro-pelajar memulaukan pilihanraya tersebut.
Selepas 20 minit mengadakan perhimpunan tersebut pada jam 11 pagi, pegawai keselamatan UM mengarahkan mereka bersurai. Pelajar berkenaan melaungkan slogan dan keadaan menjadi tegang.
Berlaku pergelutan
Pergelutan kecil berlaku apabila para pegawai penguatkuasa berkenaan cuba meleraikan perhimpunan tersebut.
Pegawai bekenaan juga bertanya kepada wartawan di situ bagaimana mereka masuk ke dalam kampus dan mengapa mereka tidak memohon permit khas dan media mana yang mereka wakili.
Para wartawan berkenaan kemudiannya diarah meninggalkan bangunan tersebut.
Dalam sidang akhbar yang diadakan di tempat lain kemudiannya, salah seorang daripada 17 pelajar yang menghadiri sesi siasatan pagi ini Zainulfaqar Yaakub (foto) menyifatkan sesi siasatan itu sebagai 'tidak profesional'.
Pelajar tahun ketiga jurusan pengajian Islam itu berkata, penal tiga anggota itu tidak menyebut langsung mengenai tuduhan terhadapnya, tetapi sebaliknya bercakap mengenai latarbelakang pendidikannya.
Selepas mereka bercakap mengeni isu yang sama selama kira-kira sejam, Zainulfaqar berkata, dia naik berang dan menuntut anggota penal tersebut supaya menumpukan kepada sesi siasatan terhadapnya.
Tindakannya itu, katanya, telah memeranjutkan anggota penal itu. Mereka keluar sekejap dari bilik untuk berbincang dan kemudian masuk semula untuk memberitahunya yang sesi siasatan terhadapnya telah ditangguhkan.
Sewaktu sesi tersebut juga, para pelajar terbabit telah menghantar surat kepada Naib Canselor UM, Prof Datuk Hashim Yaacob, mendakwa sesi siasatan itu tidak sah. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.