Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di Kedah
Diterbitkan:  Aug 2, 2019 5:26 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Sebuah helikopter TUDM telah melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, di Kedah lebih kurang jam 3.00 petang, maklum Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan.

"Pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth ini sedang melaksanakan penerbangan yang membawa 4 anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia untuk misi ulang bekal.

"Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. 

"Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut," kata Bahagian Perhubungan TUDM dalam suatu kenyataan hari ini.

Menurut TUDM lagi suatu pasukan telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian.

"Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu lagi.

Helikopter Nuri merupakan sejenis helikopter utiliti TUDM yang membabitkan pelbagai tugasan operasi, dan mula berkhidmat dengan badan pertahanan negara itu sejak 1967. Ia masih lagi digunakan sehingga hari ini.

Pada 4 Oktober 2016, helikopter Nuri TUDM terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah. Seramai 14 anggota tentera cedera dalam kejadian itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS