Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Kenapa AGC mahu padamkan bahagian tertentu afidavit’

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla hari ini mempersoalkan mengapa Pejabat Peguam Negara (AGC) masih berusaha untuk memadamkan sebahagian daripada afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer berhubung dakwaan salah laku badan kehakiman.

Menurut Haniff, peguam Sangeet Kaur Deo sudahpun menyatakan kesediaannya untuk menarik balik tuntutannya terhadap ketua hakim negara, dan Putrajaya telah mengumumkan pembentukan siasatan suruhanjaya diraja berhubung dakwaan yang terkandung dalam afidavit itu.

"Kenapa begitu berminat untuk memadamkannya apabila pemohon (Sangeet) berkata dia mungkin menariknya? Ini akan membingungkan orang ramai, kerana bahagian utama afidavit yang (mereka) berusaha untuk padamkan.

"Peguam negara adalah penasihat kepada kabinet berhubung cadangan penubuhan RCI itu. Mereka (AGC) perlu mempercepatkan dari segi rujukan, terma dan komposisi RCI.

"Namun mereka masih berusaha untuk memadamkannya, ini adalah percanggahan," katanya selepas pengurusan kes di kamar hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Firuz Jaffril pagi ini.

Turut hadir di dalam kamar hari ini adalah plaintif Sangeet, serta peguam kanan persekutuan S Narkuvanathy yang mewakili ketua hakim negara, dan peguam Joy Appukuttan yang mewakili Hamid Sultan.

Haniff, yang pernah mewakili Hamid Sultan, memohon untuk mencela dalam saman Sangeet sebagai pihak yang berkepentingan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS