Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Latheefa gesa pemberi maklumat tak 'terlalu banyak cakap'

Pemberi maklumat yang membocorkan maklumat kepada orang ramai termasuk media tidak akan membantu siasatan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.

Latheefa berkata, SPRM berdepan beberapa masalah dengan pengadu tertentu yang mahu dilindungi di bawah program perlindungan pemberi maklumat SPRM tapi mendedahkan maklumat kepada orang ramai.

"Jika aduan dibawa kepada kami dan mahu menjadi pemberi maklumat, dan memerlukan perlindungan, maka kami akan meminta komitmen.

"Tetapi setelah membuat komitmen, anda keluar berjumpa orang ramai mungkin katakan perkara lain, itu tidak membantu, " katanya kepada media di Putrajaya.

Latheefa menambah bahawa membocorkan maklumat sama yang diberikan kepada SPRM kepada orang ramai meski siasatan belum dimulakan adalah suatu bentuk "sabotaj".

"Kami tidak melarang anda untuk bercakap, tetapi jika anda bercakap terlalu banyak, itu tidak akan membantu siasatan, " katanya.

Sementara itu, Latheefa berkata bahawa dia menerima kira-kira 40 aduan dalam sehari.

"Saya menerima 30 hingga 40 aduan hampir setiap hari.

"Secara purata, dari 100 aduan, kita boleh menapis dan melihat, dan kita dapat kira-kira hanya 30 peratus sebenarnya jatuh di bawah kategori rasuah.

"Selebihnya harus disalurkan kepada agensi lain. Kita perlu penapis kerana orang fikir SPRM boleh menyelesaikan semua masalah," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS