FTA dengan AS boleh jejaskan ekonomi negara, kata Dr M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat boleh menjejaskan ekonomi dan dasar-dasar kerajaan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat boleh menjejaskan ekonomi dan dasar-dasar kerajaan.
"Saya bimbang FTA dengan AS mungkin memberi kesan tidak baik terhadap kita," katanya kepada pemberita.
Awal tahun, Malaysia dan AS mengumumkan rundingan mengenai FTA itu sudah dimulakan selepas selepas Washingtion mencapai kata sepakat dengan kira-kira 14 negara, termasuk Malaysia, Singapura dan Australia.
Mahathir berkata, beliau memandang berat terhadap sebarang perjanjian FTA kerana AS memberi tumpuan khusus kepada pemerolehan (procurement) kerajaan, satu bidang penting yang diguna pada masa lalu untuk membantu kedudukan ekonomi bumiputera.
"Saya difahamkan Amerika begitu bermint dengan pemerolehan kerajaan. Mereka mahu akses kepada perolehan kerajaan, tetapi kita telah menggunakan pemerolehan kerajaan untuk membetulkan ketidakseimbangan (ekonomi) di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memberi peluang kepada bumiputera.
"Jika kehilangan ini, maka kita tidak boleh lagi membetulkan (ketidakimbanga)," katanya.
Penduduk Malasia berjumlah 25 juta terdiri daripada 60 peratus kaum Melayu manakala selebihnya adalah kaum Cina dan India.
Dalam dasar ekonomi baru yang diperkenalkan pada 1970, orang Melayu dan kaum bumiputera lain menerima bantuan ekonomi dan faedah lain untuk merapatkan jurang kekayaan dengan kaum Cina.
Dasar-dasar berasaskan kaum ini merupakan komponen utama dasar Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003.
Budaya bergantung
Bagaimanapun, tahun lalu, penggantinya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dasar tersebut telah mewujudkan budaya di kalangan perniaga Melayu yang berterusan mengharapkan pertolongan kerajaan.
Malaysia menandatangani FTA dengan Jepun Disember lalu dan telah memulakan rundingan dengan Australia, New Zealand dan Pakistan.
Mahathir juga berkata, FTA dengan Jepun, yang merupakan rakan perniagaan penting Malaysia, tidak membawa sebarang faedah kepada negara ini.
"Dalam FTA dengan Jepun, kita akan mengimport barangan perkilangan Jepun termasuk kereta, sebagai pertukaran dengan eksport sayuran dan buah-buahan. Kita bukanlah pengeluar terbesar sayuran dan buah-buahan. Ia adalah produk bernilai rendah.
"Pada saya, FTA dengan Jepun itu nampaknya tidak memberi faedah kepada kita," katanya.
Jepun adalah antara rakan perniagaan utama Malaysia, selepas AS dan merupakan antara pelabur terbesar di negara ini.
Menurut perangkaan kerajaan AS, perdagangan dua hala berjumlah AS$44.2 bilion tahun lalu, dengan Malaysia menikmati lebihan perdagangan sebanyak AS$23.2 bilion hasil eksport bahan mentah dan elektronik.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.