Terjemahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud , dijangka membuat pengumuman yang mengejutkankan mengenai perubahan dalam barisan kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi menghadapi pilihanraya negeri.

Naib Presiden terkanan PBB, Datuk Adenan Satem, yang pada mulanya dijangka dilantik sebagai pemangku Ketua Menteri bulan lalu selepas melepaskan jawatan kabinet, mungkin tidak dipilih sebagai calon atau dipindahkan ke kawasan baru.

Malaysiakini difahamkan hari ini bahawa Taib telah meminta Adenan, 64, berpindah ke kawasan baru majoriti Melayu bagi memberi laluan kepada anak lelaki Ketua Menteri itu Sulaiman bertanding dalam pilihanraya negeri kali ini.

Persoalannya sekarang ialah sama ada mereka yang selama ini dilihat sebagai penyokong kuat Adenan akan terus dikekalkan sebagai calon PBB?

Antaranya ialah Menteri Muda Mohd Naroden Majais Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simunjan dan Daud Abdul Rahman Adun Tupong. Nama lain yang turut disebut ialah Awang Asfia Awang Nassar, Adun kawasan Serdeng.

Walaupun berupakan penyokong Adenan, Abdul Karim Hamzah, Adun Asajaya dan Timbalan Ketua Pemuda PBB, kini dianggap sudah "beralih haluan".

Beliau adalah antara mereka yang lantang menyokong Taib terus memimpin parti itu dan kekal memegang jawatan Ketua Menteri.

Nasib penyokong Adenan

Bendahari PBB yang juga Menteri, Awang Tengah Ali Hassan pula dijangka dikekalkan di kawasan Lawas walaupun beliau dianggap sebagai penyokong Adenan.

Dijangka turut dikekalkan ialah Ketua Wanita PBB, Sharifah Mordiah and Dr Abang Rauf Abang Zen. Mereka berdua adalah Menteri Muda dan penyokong Timbalan Presiden Datuk Abang Johari Openg.

PBB mempunyai 30 daripada 62 Adun Dewan Undangan Negeri Sarawak.. Daripada jumlah Adun PBB itu, 22 adalah keturunan Malay/Melanau manakala yang lainnya adalah Dayak - Iban, Bidayuh and Orang Ulu.

Selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya Sarawak mendapat sembilan kerusi tambahan dan PBB akan memperolehi lima kerusi daripadanya menjadikan jumlahnya 35 hanya dua kerusi kurang daripada majoriti mudah.

Adalah difahamkan PBB mungkin menggugurkan bekas Menteri Muda Wahab Dolah Adun Matu Dato. Ini berikutan beliau bertanding dan menang kerusi Parlimen Kuala Rajang dalam pilihanraya umum lalu.

Beberapa hari lau, malaysiakini melaporkan Taib telah memaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi (MT) PBB yang Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada minggu ketiga April ini.

Semalam, Taib memberitahu pemberita, pilihanraya negeri akan diadakan tidak lama lagi. Berita asal


TONY THIEN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Sarawak.