Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selain menetapkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular dilaksanakan secara pilihan, kumpulan Ibu bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) tidak pasti sama ada kaedah pelaksanaan baru yang bakal dilaksanakan itu benar-benar berkesan kepada kumpulan sasaran.

Setiausaha Page Tunku Munawirah Putra - yang melihat pertikaian mengenai pembelajaran tulisan Jawi baru-baru ini sebagai satu perkara yang tak sepatutnya dijadikan isu - berpendapat pelaksanaan kaedah baru Kementerian Pendidikan itu sebenarnya semata-mata mahu memuaskan hati pihak tertentu.

“Ia sepatutnya tak perlu dirumitkan atau dikaitkan dengan implikasi yang hangat diperbincangkan sekarang.

"Teruskan seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Malasyiakini semalam.

Kelmarin Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kabinet menetapkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil dilaksanakan secara pilihan.

Kata Maszlee guru juga diberi kuasa untuk menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya silibus berkenaan.

Pada masa sama, Maszlee memaklumkan bahawa pengenalan tulisan itu akan dimuatkan dalam buku teks hanya sebanyak tiga muka surat berbanding enam sebelum ini.

Satu jalan kompromi

Tunku Munawirah berkata, perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan pada awal lagi kerana pembelajaran tulisan Jawi telahpun dimuatkan dalam subjek Bahasa Malaysia Tahun 5. 

“Pengenalan seni tulisan telahpun dimuatkan di dalam kandungan Bahasa Malaysia tahun 5 kurikulum KSSR.

"Ia merangkumi topik seni tulisan Jawi, Cina dan Tamil di semua sekolah, termasuk SRJK.

“Jadi terpulanglah kepada kreativiti dan pertimbangan guru-guru bagaimana mereka hendak mengajarnya, sama ada menghayatinya melalui kaligrafi atau dengan tulisan sahaja.

"Ia memang sudah dipraktikkan sebagai warisan budaya tulisan Melayu, Cina dan India.

“Pada saya itu adalah satu jalan kompromi untuk memuaskan hati pihak yang tidak puas hati. Sama ada ia efektif, saya tidak ada makluman,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai pihak tertentu yang dimaksudkan itu.

Pada masa sama, Tunku Munawirah turut mempertikaikan pengumuman Maszlee pada akhir bulan lalu yang menekankan bahawa kurikulum baru di sekolah memerlukan persediaan untuk Revolusi Industri 4.0.

Melalui persediaan itu tumpuan banyak diberikan kepada subjek yang menggunakan kemahiran bahasa Inggeris seperti matematik, sains, pengkomputeran (computing), pengekodan (coding).

Lihat Komen
ADS