Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kumpulan media tuntut tindakan ke atas Utusan kerana lambat bayar gaji
Diterbitkan:  Aug 12, 2019 4:32 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Badan Wartawan Malaysia (IoJM) mahu tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia kerana lambat membayar gaji kepada seramai 800 pekerjanya berulang kali.

Dalam satu kenyataan hari ini, IoJM menegaskan bahawa ini bukan kali pertama kakitangan Utusan gagal menerima gaji mereka tepat pada waktunya.

Ia menambah bahawa bekas kakitangan yang menyertai skim pemisahan secara sukarela pada Disember lalu juga tidak dibayar pada masa yang dijanjikan.

"Ini bukan pertama kali syarikat itu telah menangguhkan gaji, dan insiden baru-baru ini melibatkan gaji untuk bulan Julai.

"Media melaporkan bahawa kakitangan yang terjejas adalah mereka yang di bawah Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ). Gaji pekerja eksekutif dilaporkan tertangguh selama dua bulan dan mereka hanya menerima RM2,000 pada bulan Jun.

"Menjelang bulan Disember tahun lalu, beberapa kakitangan menerima VSS sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos syarikat, namun pembayaran tersebut juga tertangguh," kata kenyataan tersebut.

IoJM menambah bahawa walaupun industri media semakin merudum, namun syarikat masih bertanggungjawab secara kontrak untuk membayar kakitangan mereka.

 

"IoJM menyeru pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, dan mana-mana syarikat lain yang didapati melanggar kontrak tersebut.

"Kami dengan tegas menyatakan bahawa organisasi media mesti memastikan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab kewangan kepada pekerja mereka."

Minggu lalu, adlah dilaporkan bahawa NUJ menggesa Pengerusi Utusan Melayu Bhd Abdul Aziz Sheikh Fadzir supaya melepaskan semua pegangan sahamnya di syarikat itu.

Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew berkata, beberapa anggotanya dari Utusan terpaksa memberi anaknya air sirap kerana mereka tidak mampu membeli susu.

Lihat Komen
ADS