Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Lebih dua pertiga India sokong Dr M tiap PRU’

Dakwaan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik bahawa penganut Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi daripada Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai buta sejarah.

"Sejarah membuktikan bahawa penganut Hindu di Malaysia memberi sokongan lebih dua pertiga kepada Mahathir pada setiap PRU termasuk pada PRU14 yang lalu. Yang tolak Mahathir adalah kaum Melayu sendiri khususnya daripada Terengganu dan Kelantan.

"Nampaknya, Zakir tidak membelajar sejarah Malaysia dengan teliti," kata P Arivalagan kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Sentul, pagi tadi.

Menurut presiden NGO Perinbam itu, sejak Mahahir diangkat sebagai perdana menteri pada 1981 hingga 2003 dan sekali lagi pada 2018, masyarakat India di Malaysia sentiasa memberi sokongan kepadanya.

"Saya percaya ini merupakan satu tanda setia penganut Hindu di Malaysia terhadap Mahathir walaupun beliau menukar parti daripada BN ke PH pada 2018. Yang tolak Mahathir pengundi Melayu yang mana kita nampak di PRK-PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau," katanya.

"Zakir kali ini salah tembak. Dah kena ke atas diri sendiri. Seperti kita (masyarakat India) tekan sebelum ini kita tiada masalah dengan sesiapa termasuk Zakir untuk menghujah keindahan Islam. Tetapi, ia mesti tidak memperkecilkan agama dan kepercayaan bangsa lain," tambahnya.

Zakir dalam pertemuan dengan Mahathir sebelum ini.

Terdahulu hampir 30 laporan polis dibuat terhadap Zakir. 

Laporan-laporan itu mendakwa beliau menghasut dengan menggambarkan masyarakat India tidak setia kepada negara.

Zakir dalam ucapannya mendakwa penganut Hindu di Malaysia lebih setia kepada Modi berbanding Mahathir walaupun menerima lebih 100 kali ganda hak berbanding umat Islam di India.

Zakir kemudian menjelaskan kenyataan dalam satu siri acara di Kelantan itu diambil di luar konteks.

Hindu Sangam sedih reaksi Mahathir

Sementara itu, Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) Mohan Shan merakamkan rasa sedih dengan pandangan Mahathir dalam isu ini.

"Kami sangat sedih dengan pandangan Mahathir yang meminta pemberita bertanya sendiri kepada penganut Hindu berkenaan kesetiaan mereka kepadanya.

"Beliau sepatutnya mempertahankan kami," katanya.

Lihat Komen
ADS