Syed Hamid lawat Burma mulai hari ini
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar dijangka tiba di Burma hari ini untuk meninjau perkembangan pembaharuan demokrasi di negara ini yang kini berdepan dengan tekanan supaya memperbaiki lagi rekod hak asasi manusianya.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar dijangka tiba di Burma hari ini untuk meninjau perkembangan pembaharuan demokrasi di negara ini yang kini berdepan dengan tekanan supaya memperbaiki lagi rekod hak asasi manusianya.
Syed Hamid, yang ke negara it selaku wakil khas Asean, dijangka mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Soe Win sewaktu lawatan tiga harinya, demikian menurut diplomat di Rangoon.
Bagaimanapun, beliau tidak dijangka bertemu dengan pemimpin pro-demokrasi Aung San Suu Kyi, yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya sejak 16 tahun lalu dalam penjara atau dikenakan tahanan di rumah, kata seorang diplomat di Rangoon kepada AFP.
Burma, yang dikecam hebat kerana kegagalannya memperlihatkan kemajuan dalam melaksanakan amalan demokrasia di negara itu dan pembaharuan hak asasi manusia, bersetuju ketika mesyuarat kemuncak Asean tahun lalu, untuk membenarkan wakil pertubuhan itu melawat Burma.
Tetapi jadual lawatan tersebut sebelum ini telah ditangguhkan ekoran permintaan Syed Hamid untuk bertemu Suu Kyi.
"Malaysia mahu Syed Hamid dibolehkan bertemui Suu Kyi tetapi Mynmar menolak permintaan itu. Itulah sebabkan lawatannya telah tertangguh," kata diplomat tersebut.
"Kini nampaknya, wakil khas tersebut telah menerima syarat-syarat yang beliau tidak boleh menemui Suu Kyi," tambah diplomat tersebut.
Lapor kepada Asean
Syed Hamid akan melaporkan hasil lawatannya kepada mesyuarat menteri luar Asean di kepulauan Bali Indonesia April ini.
Lawatan wakil khas itu menyusuli lawatan Presiden India Abdul Kalam dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono ke Burma awal bulan ini.
Susilo memberitahu pemimpin junta Burma, Jeneral Than Shwe bahawa Indonesia boleh membantu negara itu ke arah menjayakan pembaharuan demokrasi.
Selain Suu Kyi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan terdapat lebih 1,100 tahanan politik di Burma.
Junta tentera telah menggagalkan demonstrasi pro-demokrasi pada 1988 dan dua tahun kemudiannya menolak keputusan pilihanraya nasional yang dimenangi Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Suu Kyi.
Awal bulan ini, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, ketika melawat India, telah menggesa semua negara supaya berusaha mendapatkan pembebasan Suu Kyi, selepas tempoh tahanan di rumah ke atasnya, telah dilanjutkan Disember lalu selama enam bulan lagi.
Kecaman keras
Dalam laporan tahunannya mengenai hak asasi manusia yang dikeluarkan bulan ini, Washington, yang menjadi pengkritik utama Burma, berkata, rekod hak asasi manusia kerajaan Burma bertambah buruk dan pemerintah tenteranya terus melakukan pelanggaran serius hak asasi manusia.
Burma menyertai Asean pada 1997 tetapi kegagalannya untuk mengkotai janjinya untuk mengembalikan demokrasi, semakin tidak disenangi pemimpin lain pertubuhan serantau itu.
Baru-baru ini, kerajaan junta itu mengejutkan blok Asian apabila secara rahsia, memindahkan ibunegaranya ke Pyinmana, yang terletak 320km (200 batu) ke utara Yangon.
Walaupun Asean masih mengekalkan dasar tidak campurtangannya dalam urusan negara anggotanya, tetapi ia semakin keras mengkritik Burma ekoran tekanan kuat daripada Washington, kata para diplomats.
Amerika melarang sepenuhnya eksport Burma kerana kerajaan junta tenteranya melanggar hak asasi manusia, manakala Kesatuan Eropah turut mengenakan larangan seperti larangan perjalanan ke Burma, embargo senjata dan larangan pelaburan dalam syarikat dari negara itu.
Pihak tentera telah memerintan Burma sejak tahun 1962.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.