Annuar Musa menghadap Sultan Kelantan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa menjelaskan bahawa beliau menghadap Sultan Kelantan semalam di tengah desas-desus Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dibubarkan bagi memboleh pilihanraya neger diadakan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa menjelaskan bahawa beliau menghadap Sultan Kelantan semalam di tengah desas-desus Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dibubarkan bagi memboleh pilihanraya neger diadakan.
Desas-desus itu timbul kerana kedudukan kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang dilihat sebagai rapuh memandangkan ia hanya mempunyai kelebihan satu kerusi.
Ekoran kemenangan BN bagi kerusi Pengkalan Pasir dalam satu pilihan raya kecil 6 Dis lepas, PAS kini mempunyai 23 kerusi dan BN 22.
Desas-desus tersebut dilaporkan dalam beberapa akhbar utama berbahasa Cina Sin Chew Daily dan China Press beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Annuar yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan, memperjelaskan bahawa beliau menghadap Sultan Kelantan semalam bukan kerana memohon pembubaran DUN.
Pertemuan sejam
Sebaliknya, kata Annuar, beliau menghadap Sultan Kelantan semalam untuk menerangkan perancangan Barisan Nasional bagi pembangunan negeri itu.
"Ia bukan untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata Annuar kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Menurut laporan Bernama, beliau diiringi isterinya Datin Seri Rosniah Abdul Rahman dalam pertemuan selama satu setengah jam itu di Istana Negeri.
Annuar berkata pertemuannya dengan Sultan Kelantan merupakan kunjungan hormat yang biasa dilakukan oleh pemimpin Umno negeri.
"Ia untuk memaklumkan kepada Tuanku mengenai perancangan parti dalam membantu memajukan negeri, dan baginda Sultan sangat berminat," katanya.
Pemerhati di sini berkata pertemuan itu membuktikan dakwaan kononnya Annuar tidak disenangi oleh pihak Istana adalah tidak betul.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.