Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jokowi secara rasmi cadangkan pemindahan ibu kota Indonesia

GLOBAL | Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Jumaat secara rasmi mencadangakan pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke ke Kalimantan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi mencadangakan perkara itu ketika ucapan di parlimen, sehari sebelum hari kemerdekaan negara itu ke-74.

"Saya dengan ini, meminta persetujuan anda untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimatan," kata Jokowi yang merupakan presiden penggal kedua selepas menang dalam pilihan raya pada April lalu.

"Sebuah ibu kota bukan sahaja simbol identiti negara, tetapi juga wakil dalam perkembangan negara.

“Ia adalah untuk merealisasikan kesaksamaan ekonomi dan keadilan,” katanya tanpa mendedahkan lokasi sebenar ibu kota baru.

Lihat Komen
ADS