Isu rakyat asing miliki KP: Aktivis terima ugutan
Terjemahan Datuk Patrick Sindu menerima banyak panggilan ugutan pada hari kempen tandatangan dilancarkan untuk mendesak kerajaan membatalkan ribuan kad pengenalan 'haram' yang dikeluarkan kepada rakyat asing di Sabah sejak tiga dekad yang lalu.
Terjemahan Datuk Patrick Sindu menerima banyak panggilan ugutan pada hari kempen tandatangan dilancarkan untuk mendesak kerajaan membatalkan ribuan kad pengenalan 'haram' yang dikeluarkan kepada rakyat asing di Sabah sejak tiga dekad yang lalu.
"Saya mengesyaki mereka (pemanggil tersebut) adalah penyokong parti-parti politik," kata Sindu yang terbabit dalam kempen anjuran Forum Rakyat Patriotik mengenai Kad Pengenalan (Pacific), yang dilancarkan pada 15 Mac lalu.
"Pemanggil tersebut yang tidak mahu memperkenalkan diri mereka bertanya 'Mengapa kamu mahu kacau orang punya makan'," tambahnya.
Sindu memberitahu malaysiakini, sesetengah pemanggil tersebut mungkin merupakan anggota sindiket yang mengaut keuntungan dengan menjual kad pengenalan (KP) kepada pendatang haram.
Sindu yang juga Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan WP Labuan (Cash), turut mendakwa, ahli daripada 'kumpulan lawan' (beliau menyebut namanya) kini menggunakan agama untuk menyekat orang ramai daripada menyokong kempen tandatangan tersebut.
Katanya, beliau bercadang untuk membuat laporan mengenai perkara tersebut.
Malah, sebelum kempen dilancarkan pun, Sindu telah menerima banyak panggialan, termasuk dari ahli-ahli politik dan parti-parti kerajaan, yang menasihatkan beliau supaya jangan melancarkan kempen tersebut kerana ia akan memalukan kerajaan Barisan Nasional.
Siapa mereka dan mengapa?
Kempen anjuran Pacific itu, yang akan berlangsung sehingga akhir bulan Ogos, sebelum sambutan Hari Kemerdekaan, bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat pengeluaran KP kepada rakyat asing untuk tujuan politik.
Mereka yang di sebalik kempen tersebut berkata, isu berkenaan amat penting demi melindungi kedaulatan Sabah dan Malaysia dalam jangka masa panjang.
Mereka mahu tahu siapakah yang membenarkan pengeluaran KP itu dan atas sebab apa.
Mereka juga mahu KP berkenaan dibatalkan kerana mereka (rakyat asing yang mendapat KP itu) mengambil kesempatan untuk turut menikmati hak dan keistimewaan sebagai bumiputera.
Pacific dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO), individu dan golongan profesional yang memandangkan berat pertambahan mendadak penduduk Sabah ekoran kebanjiran rakyat asing.
Bagaimanapun, parti pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta beberapa NGO lain tidak terbabit dalam kempen tersebut.
Ketiadaan kerjasama tersebut telah mengelirukan orang ramai terhadap isu sebenarnya yang sering membabitkan perbezaan kepentingan di kalangan individu dan kumpulan di negeri itu.
Ekoran Sabah menikmati kebebasan akhbar yang agak luas, maka padangan parti-parti pembangkang mendapat liputan media dan orang ramai dapat membaca pandangan parti politik dari kedua belah pihak, kata seorang wartawan veteran.
"Pada akhirnya, kerajaanlah yang akan membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.
"Dalam keadaan ini, anda tidak boleh menyalahkan Ketua Menteri Datuk Musa Aman jika ia melihat peranan NGO lebih bersifat sebagai 'pengacau'," tambahnya. Berita asal
TONY THIEN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Sarawak.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.