Tiga orang lagi di utara Semenanjung jalani ujian selesema burung
Tiga orang lagi dimasukkan ke wad semalam selepas mereka dipercayai dijangkiti tanda-tanda selesema di tiga negeri utara Semenanjung, tempat virus selesema burung dikesan.
Tiga orang lagi dimasukkan ke wad semalam selepas mereka dipercayai dijangkiti tanda-tanda selesema di tiga negeri utara Semenanjung, tempat virus selesema burung dikesan.
Tiga kes tersebut membabitkan seorang lelaki berusia 21 tahun dari Taiping, seorang budak lelaki berusia tiga tahun dari Pulau Pinang dan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Batu Gajah.
Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek hari ini berkata ketiga-tiga mereka didapati tinggal sekitar 300 meter radius dari tempat virus selesema itu dikesan dalam ternakan ayam itik dan burung hijrah.
"Mereka dimasukkan ke wad bagi membolehkan ujian virus H5N1 dikendalikan dan mereka boleh pulang sekiranya keputusan ujian itu negatif," katanya.
Menurut lapoaran Bernama,beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan persidangan antarabangsa mengenai Pembedahan Urologi Robotik di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Tindakan disiplin
Dr Chua berkata sehingga kini, Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes positif virus H5N.
Dalam perkembangan lain, Dr Chua berkata Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan disiplin ke atas optometris yang memberikan kanta lekap percuma untuk dicuba tanpa melakukan pemeriksaan mata yang sewajarnya.
"Pakar optik yang melakukan percubaan atau mengeluarkan preskripsi kanta lekap tanpa permit seharusnya dilaporkan kepada Majlis Optikal Malaysia untuk tindakan," kata beliau.
"Sehingga kini, 531 pakar optik diberikan permit untuk mengeluarkan preskripsi kanta lekap sebagai tambahan kepada 529 Optometris. Bagi mengelak kebimbangan orang ramai, saya menasihatkan mereka menyemak permit ini sebelum diperiksa oleh pakar optik," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.