Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memanggil Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk memberi keterangan berkaitan 97 transaksi tanah meragukan melibatkan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) semasa era BN.

Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Nor Hisham memberi keterangan selama dua hari, lapor Sin Chew Daily.

“Datuk bandar dan beberapa pengarah DBKL hadir ke sini untuk menjelaskan berkaitan struktur dewan bandar raya dan bidang kuasa menteri Wilayah persekutuan, termasuk kedudukan dewan bandar raya berkaitan 97 rundingan itu,” beliau dipetik sebagai berkata.

Ahli Majlis Bandar Raya Petaling Jaya Derek Fernandez yang membangkitkan dakwaan ketidakaturan dalam rundingan itu turut dipanggil.

Derek sebelum ini mendakwa terdapat 272 kelulusan dimasukkan dalam Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang telah diwartatakan.

Ia didakwa tiada dalam draf rancangan asal.

Wong bagaimanapun berkata PAC, yang menjalankan tempat prosiding terhadap tanah DBKL sejak April, tidak menyentuh bagaimana tanah-tanah itu diwartakan.

Ini susulan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Adnan Tengku Mansor telah didakwa di mahkamah berkaitan beberapa rundingan tanah.