Malaysiakini BERITA

Polis soal siasat presiden, setiausaha Dong Zong

Fion Yap  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Polis sedang merakamkan kenyataan pengerusi kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong Tan Tai Kim dan setiausaha agungnya, Ng Chai Heng.

Mereka yang diiringi oleh naib pengerusi, Yang Yin Chong dan anggota jawatankuasa pusat Low Chee Chong serta Yeoh Chai Kok, tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.

Hadir sama dua peguam, iaitu Abraham Au dan Ng Guang Fa.

Mereka kemudian dilihat meninggalkan Bukit Aman pada pukul 12.45 tengah hari.

Sementara itu, Ng kemudiannya berkata, pihaknya dihubungi polis semalam untuk hadir memberi keterangan berhubung 18 laporan polis dibuat terhadap mereka.

"Proses rakam keterangan ini berjalan lancar tetapi kami tidak dimaklumkan sama ada perlu datang lagi untuk beri keterangan,” katanya.

Minggu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed dilaporkan berkata, siasatan terhadap Dong Zong dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan bagi kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Ini selepas enam laporan dibuat terhadap kumpulan itu.

Laporan adalah berkaitan ulasan mereka berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.

[Baca berita penuh]