Kerajaan tidak bercadang beri "taring" pada Suhakam
Terjemahan Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memberi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kuasa untuk mendakwa, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Terjemahan Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memberi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kuasa untuk mendakwa, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
"Saya rasa anda bermimpi, kami tidak pernah merancang memberi Suhakam "taring". Ia tidak diberikan kuasa mendakwa kerana kerja pendakwaan boleh dilakukan oleh pelbagai agensi penguatkuasa lain."
"Oleh itu tidak pernah timbul soal memberi kuasa kepada Suhakam," tegas Nazri.
Beliau memberi jawapan itu di Parlimen bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya bila kerajaan mahu memberi kuasa kepada Suhakam yang selama ini dianggap sebagai "harimau tidak bertaring".
Teresa berkata, Suhakam tidak berupaya melakukan apa-apa selain daripada menerima aduan. Contohnya dalam protes membantah kenaikan harga minyak semalam di mana polis bertindak kasar dan mencabul hak berhimpun.
Nazri menegaskan, perhimpunan yang diadakan itu adalah salah kerana permit polis diperlukan untuk menganjurkan sebarang protes.
Menjawap satu soalan lain dari Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Nazri berkata, laporan tahunan Suhakam tidak perlu dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia boleh dibincangkan di forum lain . Berita asal
.

