Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli PKR boleh lapor polis tapi mesti berasas - Zuraida

Mana-mana ahli PKR bebas membuat laporan polis kepada sesiapa sahaja kerana parti itu mengamalkan dasar terbuka, kata Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin.

Bagaimanapun katanya laporan yang ingin dibuat harus berasas.

“Saya ingat sesiapa hendak buat laporan (boleh) kerana dasar terbuka.

“Sesiapa hendak buat laporan, dia boleh buat tapi laporan atau aduan itu berasas atau tidak itu perkara kedua,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Kayuhan Wanita 2019 di Putrajaya, hari ini.

Zuraida berkata demikian ketika ditanya berkaitan tindakan beberapa anggota PKR Kapar membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penggunaan perkataan 'paria' yang dikatakan mengguris perasaan masyarakat India.

Laporan itu dibuat oleh ahli PKR V. Maneyvannan bersama tiga lagi individu lain di Balai Polis Sungai Kapar, Klang semalam.

Manyevanna mendakwa Mahathir menggunakan perkataan yang mengguris hati masyarakat India.

Mahathir kelmarin antaranya berkata kerajaan akan berdepan masalah pelaburan jika melayan Lynas seperti 'paria' dan menyuruh mereka keluar dari negara ini.

Katanya, kajian pakar telah mengesahkan loji pemprosesan itu tidak berbahaya.

Sementara itu, Zuraida memberitahu beliau tidak mendengar perkataan itu yang diucapkan Mahathir dalam satu video yang dilihat.

Lihat Komen
ADS