Azlan: Pemilikan MV Agusta pengajaran pahit bagi Proton
Pengambilalihan MV Agusta Motors SpA merupakan pengajaran pahit bagi Proton Holdings Bhd, kata pengerusinya Datuk Mohd Azlan Hashim.
Pengambilalihan MV Agusta Motors SpA merupakan pengajaran pahit bagi Proton Holdings Bhd, kata pengerusinya Datuk Mohd Azlan Hashim.
Dengan penjualan pengeluar motosikal Itali itu, katanya, ia akan membolehkan Proton menumpukan kepada perniagaan terasnya mengeluarkan kereta berkualiti kepada pengguna.
Menurutnya, dengan pengumuman Dasar Automotif Nasional (DAN) baru-baru ini, tumpuan utama pengeluar kereta nasional itu kini adalah untuk menambah baik keupayaannya, kualiti produk dan daya saing kos.
Proton juga akan mempercepatkan usahanya untuk memperkenalkan jenamanya dalam pelbagai pasaran eksport manakala pada masa yang sama mengembangkan jajaran produknya dengan cepat dan kos efektif sama ada menerusi perkongsian atau kaedah lain.
Menurut laporan Bernama, beliau juga berkata Proton akan menumpu untuk membangunkan Lotus.
"Kami mahu melupakan perkara ini (isu MV Agusta) dan meneruskan perjalanan," katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai kronologi pemilikan MV Agusta dan sesudah itu membawa kepada penjualan kontroversinya.
Alami kerugian
Proton mendapatkan Agusta pada harga RM503 juta yang termasuk kos pengambialihan sebanyak RM367 juta dalam 2004
Agusta telah mengheret Proton untuk mengalami kerugian bagi pertama kali dalam tempoh setu dekad. Proton telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM154.3 juta bagi suku kedua tahun fiskal berakhir 30 Sept, 2005, ekoran hutang lapuk Agusta
Timbunan hutang Agusta telah melebihi 100 juta euro dan memerlukan modal kerja tambahan 32 juta euro. Bagi 15 bulan berakhir 31 Mac, 2005, Agusta mencatatkan kerugian bersih 29 juta euro.
Agihan kerugian bersih Proton yang merupakan 57.75 peratus berjumlah 16.75 juta euro. Proton telah memberi Agusta wang lebih 70 juta euro seperti yang dilaporkan, menyediakan 29 juta euro pendahuluan tunai untuk mengeluarkan syarikat Itali itu daripada masalah.
Bagi menangani masalah kerugian yang dialaminya, pada Disember 2005, lembaga pengarah Proton telah meluluskan penjualan Agusta kepada Gevi pada harga satu euro, yang menjadikan transaksi itu sebagai kerugian terbesarnya dalam satu pelaburan tunggal.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.