Rakyat Msia belanja RM40 bilion guna kad kredit
Rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM40.9 bilion menggunakan kad kredit sepanjang tahun lalu meningkat RM5 bilion daripada tahun sebelumnya.
Rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM40.9 bilion menggunakan kad kredit sepanjang tahun lalu meningkat RM5 bilion daripada tahun sebelumnya.
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop rakyat Malaysia membelanjakan RM34.9 bilion pada 2004.
Bagaimanapun, katanya, tidak timbul isu hutang yang besar memandangkan 60 peratus daripada jumlah tersebut telah dibayar sepenuhnya oleh pengguna kad kredit.
"Ini menggambarkan majoriti pemegang kad kredit menggunakan kad tersebut sebagai alat yang mudah dan selesa untuk membuat pembayaran dan bukan sebagai suatu alat pinjaman atau sumber kredit," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian berkenaan, di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata, kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi kad kredit juga telah menurun kepada 4.31 peratus berbanding 16 peratus pada 1998.
Mengenai jumlah kad kredit yang dikeluarkan, beliau berkata terdapat peningkatan hampir 21 peratus tahun lalu kepada 7.96 juta kad berbanding 6.58 juta pada 2004.
"Pertambahan ini adalah selaras dengan peningkatan tahunan untuk penggunaan kad kredit secara keseluruhan," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.