Terjemahan Ucapan keras dan pedas seorang ahli Parlimen MCA mengenai isu agama dan sejarah di Dewan Rakyat dua minggu lalu, telah mendorong 'kunjungan' kira-kira 50 ahli Pemuda Umno.

Pada 15 Mac lalu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok menimbulkan di Dewan Negara mengenai isu ketidakseimbanan silibus buku teks sejarah, garispanduan membaca doa untuk orang Islam dan masalah yang dihadapi oleh orang bukan Islam berhubung tempat beribadat.

Sebelum ini, salah seorang rakannya telah mengingatkan beliau mengenai potensi bahaya membangkitkan isu tersebut.

Enam hari kemudiannya, difahamkan, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno, diketuai oleh ketua pergerakan itu bahagian Kelana Jaya, Abdul Halim Samad, telah 'mengunjungi' ahli Parlimen tersebut.

Ketibaan mereka secara tiba-tiba pada kira-kira jam 9.30 malam memeranjatkan kakitangan pejabat Loh.

Mereka telah menyerah surat bantahan kepada Loh dan difahamkan Abdul Halim telah memberitahunya: "Kami tidak mahu mendengar sebarang penjelasan sekarang, ini surat dari kami, baca dan jawab."

Ahli Parlimen tersebut juga difahamkan telah diberitahu bahawa Pemuda Umno akan "mengambil tindakan" jika beliau gagal menjawab surat tersebut dalam tempoh beberapa hari.

Beberapa ahli Pemuda itu yang hadir itu turut membawa kamera video untuk merakamkan pertemuan ringkas tersebut.

Adalah difahamkan, Pemuda Umno telah menolak cadangan Loh supaya ditubuhkan Jabatan Pembangunan Agama dengan alasan ia boleh memudaratkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Sebelum itu, Pemuda Umno bahagian tersebut juga dikatakan telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan ucapan Loh, dan membuat kesimpulan bahawa cadangan Loh itu telah menyakitkan hari orang Melayu, yang merupakan pengundi majoriti di kawasa pilihanraya Kelana Jaya.

.

Ia juga difahamkan bahawa surat tersebut turut dihantar kepada beberapa pemimpin Umno peringkat bahagian, negeri dan pusat, serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

'Perkara sensitif'

Ketika dihubungi hari ini, Abdul Halim mengesahkan yang beliau telah menghantar surat bantahan itu kepada Loh, tetapi enggan menguls lanjut mengenai isi kandungannya.

Ditanya mengenai sebab bahagian tersebut tidak puashati dengan ucapan Loh, beliau menjawab: "Ada dua tiga alasan tetapi saya tidak boleh beritahu anda melalu telefon sekarang."

Ditanya sama ada ahli bahagian tersebut ada berkunjung ke pejabat Loh "untuk menegur" ahli Parlimen berkenaan, Abdul Halim enggan mengulas, sambil berkata ianya perkara "sensitif".

Sementara itu, ketika ditemui di Parlimen, Loh berkata, beliau sedia bertemu dengan sesiapa sahaja.

"Saya tidak nafikan mereka datang berjumpa saya. Saya sedia memberi penjelasan kepada sesiapa sahaja mengenai kontaks ucapan saya," kata Loh yang juga bekas pembantu bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Adalah difahamkan, satu dialog akan diadakan minggu ini antara Loh dengan Pemuda Umno bahagian berkenaan.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga dikatakan telah dimaklumkan mengenai perkara tersbut tetapi tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasannya. Berita asal