Pembangkang: Kerajaan sekat hak bersuara rakyat
Parti-parti pembangkang menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz yang mahu mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak, sebagai satu langkah untuk menyekat hak bersuara rakyat.
Parti-parti pembangkang menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz yang mahu mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak, sebagai satu langkah untuk menyekat hak bersuara rakyat.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hatta Ramli berkata, kerajaan menggunakan undang-undang untuk menekan dan menakut-nakutkan rakyat.
"Inilah akibatnya jika kerajaan yang ada terlalu kuat sehingga tidak membenarkan rakyat menyuarakan hak mereka," katanya.
Beliau berkata, PAS akan terus mengadakan perhimpunan selagi rakyat mahu kerana itu adalah salah satu cara menyuarakan hak mereka.
Sementara itu, DAP mendakwa tindakan menghalang rakyat mengadakan perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak, menunjukkan kerajaan tidak mahu mendengar masalah rakyat.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkata, perhimpunan aman seperti membantah kenaikan harga minyak tidak mencetuskan huru-hara.
Tiada rusuhan
"Di Thailand ratusan ribu rakyat berhimpunan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetapi tidak ada rusuhan dan pertumpahan darah," katanya.
Semalam ketika berucap di Parlimen, Nazri menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi dengan demonstrasi jalanan yang diadakan pada setiap hujung minggu itu.
Beliau juga menyatakan, harga minyak tidak akan diturunkan darpada kadar sekarang walaupun ratusan demosntrasi diadakan di seluruh negara.
Teresa berkata, rakyat mengadakan perhimpunan kerana tidak yakin dengan penjelasaan kerajaan mengenai kenaikan harga minyak itu.
Katanya, selagi rakyat tidak puas hati mereka akan terus mengadakan demontrasi walaupun dikenakan tindakan oleh kerajaan.
"Jika kerajaan bertindak keras, ini bermakna mereka cuba menutup kepahitan rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.