Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tema penyatuan ummah akan ditukar, kata Mat Hasan
Diterbitkan:  Aug 31, 2019 10:08 PM
Dikemaskini: 2:08 PM

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk menukar tema ‘penyatuan ummah’ yang diguna pakai ketika ini kepada nama lain.

Menurut Mohamad, perkara itu diputuskan ekoran terdapat pertikaian berhubung tema tersebut.

Kata Mohamad, ia juga dibuat bagi menggambarkan penyertaan secara inklusif oleh semua kaum di negara ini.

"Ada orang kata `ummah' hanya untuk orang Islam sedangkan ia hanya perkataan Arab untuk umat atau masyarakat.

"Kita ambil maklum pertikaian ini dan akan tukar tema itu adalam fasa kedua kelak," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mohamad berkata demikian selepas Jelajah Ceramah Umum sempena Himpunan Penyatuan Ummah peringkat negeri di Rantau, Rembau, Negeri Sembilan, hari ini.

Umno dan PAS membentuk kerjasama politik selepas BN tewas buat pertama kalinya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Untuk rekod Umno dan PAS akan memeterai satu piagam ataupun perjanjian kerjasama yang dijadualkan berlangsung 14 Sept nanti dan menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 ahli dan penyokong parti pada majlis itu.

Sementara itu, Mohamad turut menyatakan keyakinannya bahawa kerjasama antara Umno dan PAS akan bertahan lama dan tidak seperti yang berlaku ketika PAS menyertai BN pada 1973.

“Penyertaan PAS dalam BN pada 1973 adalah persefahaman antara dua pemimpin iaitu Tun Razak dan Datuk Asri Muda tetapi tidak sampai ke peringkat bawahan hingga menimbulkan kesukaran kepada kedua-dua pihak dan akhirnya terlerai,” katanya.

Lihat Komen
ADS