Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusannya dalam cabaran oleh isteri bekas ahli parlimen Paya Besar allahyarham Abdul Manan Ismail selepas nama suaminya itu digantikan dengan namanya dalam saman tuntutan pelucuthakan untuk mendapatkan RM270,000 dana berkaitan 1MDB.

Ini susulan permohonan baru daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk turut menyenaraikan anak-anak Rohizah Ahmad sebagai responden dalam saman itu.

SPRM sedang berusaha menuntuk balik dana RM270 juta milik 1MDB yang didakwa diselewengkan daripada 41 individu tempatan dan kumpulan, yang turut menamakan Rohizah sebagai responden dalam kes yang membabitkan suaminya.

Mahkamah menetapkan 19 Sept untuk sebutan.

Rohizah diwakili peguam Nur Aifaa Mohd Zain manakala timbalan pendakwa raya Nik Haslinie Hashim mewakli suruhanjaya pencegah rasuah tersebut.

Abdul Manan, menjadi ahli parlimen Paya Besar sebanyak dua penggal. Beliau meninggal dunia pada Februari, 2018.

Beliau turut berkhidmat sebagai setiausaha sulit Najib sejak 1986 hingga 2004.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS