Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan SPRM sita RM4.9 juta dari Yayasan Permata
Diterbitkan:  Sep 4, 2019 10:56 AM
Dikemaskini: 5:15 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita RM4.9 juta daripada Yayasan Permata Malaysia dalam saman tuntutan pelucuthakan 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas Dr Noraishah Spahat dari Yayasan Genius (Yayasan Permata yang dikenali sekarang) tiada membuat bantahan ke atas saman pelucuthakan berkenaan.

Pada 21 Jun, SPRM memfailkan saman sivil untuk merampas RM270 juta daripada 41 individu dan entiti. 

Yayasan Permata adalah salah satu daripada responden yang dinamakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata wang berkenaan diagihkan kepada responden dari akaun peribadi AmBank milik bekas perdana menteri, Najib Razak.

Lihat Komen
ADS