Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat kumpulan Whatsapp yang menyebarkan video seks terbaru didakwa melibatkan menteri ekonomi Azmin Ali selepas menerima aduan.

Menjawab soalan, pengerusinya Al-Ishsal Ishak menasihatkan pihak yang dimasukkan ke dalam kumpulan itu membuat aduan kepada mereka.

“Buat tangkapan layar (screen capture) kumpulan (Whatsapp) itu dan hantar pada Whatsapp hotline kami.

“Kita akan mulakan proses itu secara dalaman untuk menyiasatnya dengan pihak polis.”

“Rangka kerja kita berdasarkan aduan. Buat tangkapan layar dan kita akan proses (aduan itu) segera,” katanya kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

SKMM menggunakan nombor telefon 016-2206262 untuk Whatsapp hotline suruhanjaya itu.

Awal pagi tadi enam klip video seks dua lelaki, salah seorang mirip Azmin, disebarkan kepada pengamal media melalui kumpulan WhatsApp bertajuk "Video Terkini Azmin”.

Sama seperti sebelum ini, lebih 80 pengamal media dan beberapa ahli politik dimasukkan dalam kumpulan itu.

Ketika penyebaran kali pertama Jun lalu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, pegawai Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika itu, mengaku sebagai pelaku dalam video itu.

Haziq kemudian dipecat dari kementerian dan PKR.

Azmin menafikannya dan mendakwa ada komplot bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada Julai lalu mendedahkan Cybersecurity Malaysia mendapati video itu sahih tetapi pengecaman wajah gagal dibuat.

Lihat Komen
ADS