Anak lelaki Morsi meninggal dunia
Diterbitkan: Sep 5, 2019 2:46 PM
GLOBAL | Anak lelaki bongsu bekas Presiden Mesir Mohammed Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu di sebuah hospital di Kaherah.
Sumber yang merupakan anggota keluarga Morsi mengesahkan kematian Abdullah Morsi kepada agensi berita Turki Anadolu tanpa memberikan butiran lanjut.
Kementerian Kesihatan Mesir belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
Mohammed Morsi, presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik, meninggal dunia pada Jun semasa dibicarakan atas pelbagai pertuduhan.
Beliau telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh Presiden semasa Abdel-Fattah al-Sisi selepas setahun berkuasa.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.