Keluarga dakwa mangsa mati dipukul polis, bukan kemalangan
Punca sebenar kematian seorang remaja berusia 18 tahun di Pulau Pinang Jumaat lalu kini menjadi persoalan. Ini kerana polis mendakwa dia terbunuh dalam kemalangan ketika cuba mengelak pemeriksaan polis.
Punca sebenar kematian seorang remaja berusia 18 tahun di Pulau Pinang Jumaat lalu kini menjadi persoalan. Ini kerana polis mendakwa dia terbunuh dalam kemalangan ketika cuba mengelak pemeriksaan polis.
Manakala keluarganya pula menafikan kematian mangsa berpunca daripada kemalangan itu, tetapi sebaliknya mendakwa remaja itu dipukul sehingga mati oleh anggota polis.
Abang mangsa dan seorang saksi kejadian itu telah membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka itu.
Ketua Polis Negeri Datuk Christopher Wan Soo Kee mengesahkan abang masa dan seorang saksi kejadian teresbut telah membuat laporan polis mengenainya.
Menurut laporan Bernama, walaupun menafikan dakwaan itu, beliau berkata pihak polis sedang menyiasat laporan itu.
"Berdasarkan siasatan awal remaja itu dipercayai melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan ke atas motosikalnya," katanya di Pulau Pinang semalam.
Lumba haram
Beliau berkata, dua anggota polis dihantar ke tempat kejadian selepas pihak polis menerima aduan mengenai kegiatan lumba haram di sekitar kawasan itu.
Katanya dua anggota polis itu sedang memeriksa penunggang motosikal di jalan itu apabila mangsa dan sekumpulan rakannya menuju ke arah mereka.
Wan berkata selepas melihat anggota polis itu, kumpulan terbabit membuat pusingan "U" tanpa menyedari mangsa memecut melepasi anggota polis berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Jalan
Tengah di Pulau Pinang, pada awal pagi Jumaat lalu dan mati di tempat kejadian. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.50 pagi.
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kejadian itu dijangkakan selesai dalam tempoh sehari atau dua hari lagi.
Katanya, sehingga ini, beliau masih belum menerima laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.