Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kastam siasat video lucah babitkan anggota wanita

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggotanya yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.

“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Sejak semalam, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang pegawai yang berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.

- Bernama

Lihat Komen
ADS