Satu perjanjian mengenai hak pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia yang telah beberapa tahun dirundingkan akan ditandatangani Jun ini.

Menurut laporan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menangani isu-isu seperti bayaran levi yang terpaksa ditanggung oleh pembantu rumah, sehingga mereka tidak menerima beberapa bulan gaji.

"Perkara-perkara tertentu perlu diteliti dan diputuskan untuk feadah pembantu rumah," kata Najib dalam akhbar New Straits Times.

Dengan itu, katanya, para pembantu rumah akan mendapat perlindungan dan merasa seperti berada di rumah sendiri ketika berkerja di Malaysia.

Najib mengumumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla semalam.

Belum ada perjanjian

Kedua-dua negara telah berusaha sejak 2002 untuk menandatangani perjanjian persefahaman mengenai pembantu rumah tetapi beberapa siri rundingan itu gagal mencapai sebarang persesetujuan.

Salah satu halangannya ialah tuntutan Indonesia supaya pembantu rumah dibayar gaji minima RM500 tetapi ia dijangka mungkin digugurkan.

Hampir 300,000 pembantu rumah Indonesia bekerja di Malaysia dan menerima purata gaji kira-kira AS100 (RM400) sebulan lebih rendah daripada rakan-rakan mereka yang berkerja di Filipina.

Indonesia merupakan pembekal terbesar pembantu rumah ke Malaysia yang kini menggunakan kira-kira 2.6 juta tenaga kerja asing dan isu layanan buruk terhadap pekerja republik itu sering menjengkelkan hubungan antara kedua negara.

- AFP