Pendapat umum: Loh Seng Kok vs Umno Youth, Bhg 2
Sydput: Sudah tiba masanya bagi perkara-perkara ini dibangkitkan di Parlimen, memandangkan kerajaan begitu memberi penekanan kepada Islamisasi. Masa juga telah tiba untuk pihak minoriti bersuara secara terbuka mengenai perkara yang membabitkan kepentingan mereka. Di mana lagi kalau tidak Parlimen, perkara ini boleh dibahaskan secara terbuka oleh wakil rakyat kita, dan bukannya secara tertutup yang difikirkan oleh sesetengah orang.
Sydput: Sudah tiba masanya bagi perkara-perkara ini dibangkitkan di Parlimen, memandangkan kerajaan begitu memberi penekanan kepada Islamisasi. Masa juga telah tiba untuk pihak minoriti bersuara secara terbuka mengenai perkara yang membabitkan kepentingan mereka. Di mana lagi kalau tidak Parlimen, perkara ini boleh dibahaskan secara terbuka oleh wakil rakyat kita, dan bukannya secara tertutup yang difikirkan oleh sesetengah orang.
Teruskanlah menyuarakan lebih banyak yang terbuku di hati. Dengan cara itu, MP akan sibuk melakukan tugas yang sepatutnya mereka lakukan, daripada menjerit antara satu sama lain. (Terjemahan)
KC Leong:
Saya memuji YB Loh kerana keberaniannya bercakap apa yang terbuku dalam fikiran dan hati rakyat Malaysia terutama bukan Islam, dan saya rasa begitu jugalah dengan sesetengah orang Melayu. Apa yang saya minta daripada Pemuda Umno bahagian ialah bertanya pada diri sendiri: "Apakah yang dikatakan oleh YB Loh itu salah sehingga anda perlu menghantar satu delegasi mengejut?".
Apa salahnya menubuhkan sebuah majlis atau apa juga nama pertubuhannya? Tidakkah mereka mempunyai keyakinan dan pegangan teguh terhadap agama mereka? Bagaimanakah boleh penubuhan sebuah majlis seumpama itu boleh mengugat Islam. Saya rasa kita semua menerima Islam sebagai agama terbesar di negara ini. Jadi apakah keburukan yang boleh dilakukan oleh majlis tersebut, kecuali memperbaiki lagi hubungan antara agama. Bangunlah Pemuda Umno bahagian, kita bukan lagi hidup di zaman kegelapan. (Terjjemahan)
TMF: Dalam demokrasi sebenar, semua orang boleh bersuara, dan suara ini hendaklah melebihi daripada sekadar satu undi dalam pilihanraya umum setiap lima tahun. Suara seumpama itu hendaklah didengar dan dihormati oleh kerajaan hari ini.
Ronald Reagan pernah menulis: "Kerajaan hanyalah satu kemudahan yang dicipta dan diuruskan oleh rakyat, dan tiada mempunyai kuasa sendiri kecuali yang diberikan secara sukarela oleh rakyat. Kita kadang-kadang terlupa kepada kebenaran, walaupun kita tidak seharusnya lupa."
Bagaimanakah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab boleh memahmi dan menghargai apa yang rakyat kehendaki jika semua bentuk halangan berada di mana-mana untuk menutup mulut massa?
Mula-mula kita ada Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Universiti dan Kolej Universiti dan banyak lagi undang-undang yang menekan, termasuk yang menguasa kebebasan bersuara dalam media perdana. Semua ini telah menyekat pertumbuhan sihat kesedaran sivik rakyat biasa dan menjadikan rakyat seumpama itu seorang yang tidak mengambil tahu, terpinggir, kecewa dan marah. Ini merbahaya.
Selain itu, kini kini dibeban dengan begitu banyak pelakon politik yang mendakwa begitu dedikasi, ultra sensitif dan amat mudah tersinggung. Malah di Parlimen hari ini, isu-isu relevan bagaimana terang sekalipun niat murninya telah"dianggap sensitif" dan "dianggap menyinggung perasaan". Pelakon politik seumpama itu tidak malu-malu untuk mengutuk dan mengugut ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu-isu tertentu walaupun yang menyentuh kepentingan semua rakyat Malaysia.
Lihatlah di sekeliling kita, kita tidak akan bertemu ramai orang yang berminat untuk berbincang mengenai sebarang halehwal semasa secara membina, kita sudah bersikap membisu. Bagi saya, kebisuan ini menjadi semakin kuat dan memekakkan. (Terjemahan)
Sadirah K: Saya ingin mencadangkan supaya wakil Pemuda Umno yang sama jika mereka mempunyai keberanian supaya menghantar surat yang sama untuk mendapat penjelasan daripada bekas PM yang menyatakan Cina Malaysia telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara. Mereka yang paling banyak membayar cukai. Ini juga satu isu yang sensitif dan mereka harus membangkit perkara yang sama dengan Dr Mahathir. Sekurang-kurangnya Dr Mahathir telah bercakap mengenai sesetengah fakta yang Pemuda Umno tidak akan suka mendengarnya.
Adalah benar bahawa sumbangan bukan Melayu tidak ditonjolkan dalam buku teks sejarah. Ini tidak menghairan kerana Jepun dan Korea juga memalsukan buku sejarah mereka. Agama adalah sensitif tetapi terdapat terlalu banyak dasar yang tidak selari dengan teks agama. Jadi, janganlah ada sesiapa yang hendak bercakap fasal soal moral dalam perkara tersebut. (Terjemahan)
Ishak Abd Rahman:
Surat protest di katakan ultimatum Pemuda
Memorandum komponen BN dikatakan permintaaan saja
Jeff Ooi dan Malaysiakini nak main isu apa?
Bebaik nanti termakan kata kata sendiri pula
Kononnya Sufiyan (Melayu) sokong orang Cina
Tentang pengorbanan semua bangsa yang jadikan negara merdeka
Mereka jugalah yang nak pengitirafan Chin Peng juga
Kalau kami guna ISA, nanti tuduh kami zalim pula
Kamu peduli ke sosial kontrak yang ada
Tentang nenek moyang kamu yang terima sejarah sedadanya
Sekarang kamu meminta lebih segalagalanya
Kamu lupa kamu 35% tapi kontrol 85% ekonomi kita
Kamu nak main isu perkauman dan agama pula
Kamu ingat boleh menag ke?
Bebaik mani api, jangan kata kami tak ingatkan pula
Jangan terlebih minta, nanti takut hilang semuanya
Kalau menjaring si ikan tuba
Jangan lupa mandi dikuala
Kalau memancing harap dapat ikan sejuta
Tetapi nasib tak baik terhutang pula
Moral di sebalik cerita ini
Jangan jolok sarang tebuan
Jangan sombong
Jangan tamak
Jangan bongkak
Jangan underestimate
Jangan tak tahu malu
Rightan: Ujian sebenarnya sekarang, apakah YB Loh akan menarik balik kenyataan yang dibuatnya di Parlimen seperti yang pernah dilakukan oleh yang lain sebelum ini ((masih ingin kisah sembilan menteri kabinet?) yang mengalah, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, atau tetap dengan pendiriannya dan biarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum memutuskan sama untuk membiarkan diri kita diperkotak-katikan oleh segelintir kumpulan fanatik! (Terjemahan)
Red Bull: Malam ini, apabila anak anda sudah melelap mata, renunglah dalam-dalam wajah mereka dan kemudian duduk dikerusi empok, pejamkan mata dan bayangkan masa depan anak anda itu. (Terjemahan)


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.