Kayveas: Parti berasaskan kaum halang perpaduan
Penubuhan parti politik berasaskan kaum telah menyebabkan usaha membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu-padu tidak berjaya, kata Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas.
Penubuhan parti politik berasaskan kaum telah menyebabkan usaha membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu-padu tidak berjaya, kata Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas.
"Kita berjuang mengikut kaum masing-masing dan cara ini tidak baik bagi sebuah negara masyarakat majmuk seperti Malaysia," kata beliau yang juga Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) ketika ditemui di Bangunan Parlimen baru-baru ini.
Kerana itu beliau mencadangkan Barisan Nasional (BN) diperluaskan keanggotaannya untuk disertai oleh semua parti termasuk dari pembangkang seperti DAP dan PAS.
Katanya, jika cadangan itu dilaksanakan, BN akan terbahagi kepada dua komponen satu dari kerajaan dan satu lagi pembangkang dan kedua-dua pihak ini menentukan halatuju negara.
Menurut Kayveas, cadangan itu pernah disuarakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi ditolak kerana ramai pemimpin komponen tidak menyetujuinya.
"Oleh kerana itu sehingga hari ini parti politik negara kita berjuang mengikut kepentingan kaum masing-masing," katanya lagi.
Pertambahan ahli
Beliau berkata, konsep perjuangan satu parti yang boleh disertai semua kaum seperti yang cuba dibawa oleh pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar sangat praktikal untuk dilaksanakan.
Katanya, penubuhan PPP sebagai parti berbilang kaum yang pertama di negara ini adalah berlandaskan gagasan pengasas Umno itu.
Menyentuh tentang kekurangann penyertaan orang Melayu dalam PPP, Kayveas berkata, PPP tidak boleh menjalankan kempen secara besar-besaran untuk menarik orang Melayu supaya menyertai parti itu kerana pihak-pihak tertentu telah memberi amaran kepada PPP supaya tidak mempengaruhi orang Melayu menjadi ahli parti itu.
"Sebab itu keahlian orang Melayu dalam parti ini kecil iaitu kira-kira 10 peratus sahaja 400,000 ahli parti," katanya.
Dalam pada itu Kayveas mendakwa ramai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan minat untuk menyertai PKR termasuk orang Melayu.
" PPP sangat mengalu-alukan kemasukan penyokong PKR itu kerana perjuangan kami adalah untuk masyarakat berbilang kaum," ujarnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.